HOME: Home

Faculty of Communication & Media Studies Official Website

E-mail Print PDF

PM DR Rahmat Mendapat Perhatian Akhbar Saudi Arabia

PM DR Rahmat mendapat perhatian akhbar Saudi Arabia

Persidangan Antarabangsa anjuran King Khalid University, berkenaan "Rumors" yang berlangsung selama tiga hari mulai 25 - 27 Nov di Abha Palace, Arab Saudi telah menarik perhatian PM Dr Rahmat Ghazali (Timbalan Dekan HEA) untuk membicarakan isu pembohongan, fitnah, hasutan, dan kempen kebencian melalui media Internet.

Beliau telah dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan di hadapan Putera Raja, Prince Faisal Khalid Abdul Aziz, Putera Jajahan Aseer, Arab Saudi sebagai mewakili lebih 80 pembentang kertas kerja dari seluruh pelosok dunia.

Menurut Dr Rahmat, pandangan kritikan beliau terhadap akhbar dalam talian antarabangsa seperti Washington Post, The Guardian, New York Times, dan beberapa akhbar popular lain yang menjadikan keuntungan sebagai agenda utama mereka telah menarik perhatian peserta dan pihak Arab Saudi apabila tiga hari berturut-turut beliau mendapat perhatian akhbar popular di sana seperti Al-Watan, Al-Jazeera dan Al-Fafah, termasuk sebuah stesen TV di sana.

Di samping itu Dr Rahmat juga telah menyentuh tentang gelagat pemberitaan Internet yang memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi pemberita dan wartawan dalam talian tanpa melalui didikan ikhtisas dalam bidang kewartawanan. Dengan itu etika kewartawanan menjadi amat tipis dan cair apabila soal kebenaran,verifikasi maklumat, pembuktian dan asas falsafah moral diketepikan.

Fenomena Internet sedemikian amat bahaya kepada negara dunia ketiga yang masih mencari-cari kestabilan politik, ekonomi dan sosial, malah sejarah kontemporari telah menyaksikan kejatuhan negara Islam daripada sindrom Internet dan media baru yang sedemikian.

Menurut Dr Rahmat, beliau bangga kerana beliau membawa bersama imej dan nama baik FKPM dan UiTM.

Sila Muat Turun Artikel Akhbar Saudi Arabia Mengenai PM DR Rahmat

Last Updated on Wednesday, 10 December 2014 21:16
E-mail Print PDF

Official CHAD Website

In this 23rd - 24th December, FKPM will be organizing a Conference of Head Academic Departments of UiTM 2014 (CHAD2014).

Please click the link below for futher details.

http://chad2014.uitm.edu.my

Last Updated on Tuesday, 09 December 2014 19:18
E-mail Print PDF

Kampus Sukan (Sporting Campus)

 

Sila Muat Turun "Tentatif Kampus Sukan (Sporting Campus)"

Last Updated on Friday, 28 November 2014 17:14
E-mail Print PDF

Jemputan Sebagai Peserta di Program Conference of Heads of Academic Departments of UiTM (CHAD2014)

Y Bhg. Dato’ / Datin / Prof / Tuan / Puan

JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA DI PROGRAM CONFERENCE OF HEADS OF ACADEMIC DEPARTMENTS OF UiTM (CHAD 2014)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Dekan-Dekan UiTM dengan kerjasama BHEA, iLQAM dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media akan menganjurkan Konferensi CHAD 2014 untuk memberi peluang kepada Ketua-Ketua Jabatan berkongsi amalan terbaik bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Universiti,Ketua-ketua Jabatan yang dimaksudkan adalah terdiri daripada Dekan , Rektor, Pengarah Pusat, Timbalan-Timbalan Dekan dan Timbalan-Timbalan Rektor kehadiran adalah DIWAJIBKAN.

 

3. Berikut adalah makluman Program:

 

Tarikh : 23 – 24 Disember 2014 ( Selasa – Rabu )

Tempat : Anjung Budiman, UiTM Shah Alam

Tema : “Leadership and Change”

Aturcara : (Sila Muat Turun "")

Yuran : RM 150(Seorang)

 

4. Setiap peserta akan dikenakan yuran sebanyak RM100.00 seorang atas nama Bendahari UiTM (No. Akaun : 105140003422) menggunakan peruntukan PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 15 Disember 2014. Sila maklumkan kepada Encik Wan Mohd Rafi bin Wan Rani, (Bendahari CHAD2014) (emel: mohdrafi@salam.uitm.edu.my)/hp: 019-3459183/ext: 4871 selepas pembayaran dibuat.

 

5. Bilik penginapan tidak disediakan, namun begitu pihak fakulti/kampus boleh berurusan sendiri dengan hotel berdekatan untuk membuat tempahan.

 

6. Untuk keterangan lanjut pihak fakulti /kampus boleh menghubungi :

 

i) Puan Nik Shakerah Md Sukri

Setiausaha I CHAD2014

Hp: 019-3386572 atau 03-55435922

Email : shakerah@salam.uitm.edu.my

 

ii) Cik Baby Anusha Nur Bt Mohamed Thaheer

Setiausaha II CHAD2014

Hp: 012-2879182

 

iii) Encik Khairun Nizam Mohammad Yusuff

Ketua JK Penerbit dan Pameran

Email: khairun2324@salam.uitm.edu.my

 

7. Jasa baik dan kerjasama Y Bhg. Dato’ / Datin / Prof / Tuan / Puan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Yang benar

PROF. DR MOKHTAR MUHAMMAD

Pengerusi CHAD2014

 

Sila Muat Turun "Surat Jemputan CHAD 2014"

 

Sila Muat Turun "Aturcara Program CHAD 2014"

 

Sila Muat Turun Informasi Mengenai CHAD 2014

Page 1 of 2

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »