Pemakluman ini adalah merujuk kepada Pekeliling Akademik UiTM Bil. 16 Tahun 2020 berhubung pelaksanaan kemasukan semula pelajar ke kampus serta kaedah penyampaian pengajaran dan penilaian pasca puncak Covid-19.
Sehubungan itu pihak FKPM akan menggunakan dua (2) kaedah pengajaran iaitu Open and Distance Learning (ODL) dan Blended Learning (BL) bagi semester Oktober 2020. BL adalah merujuk kepada kaedah pengajaran bersemuka (face to face) dan juga ODL sepanjang minggu perkuliahan selama 14 minggu.
Kaedah pengendalian kuliah adalah sepeti di lampiran. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada sebarang perubahan jika terdapat pindaan.