Tahniah Alumni MassComm di Majlis Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2021

Kecemerlangan alumni kelahiran Masscomm terus mengungguli industri kewartawanan apabila memenangi beberapa anugerah dalam majlis
Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2021, berlangsung malam pada 24 Jun, lalu.

Ahmad Suhael Ahmad Adnan yang kini wartawan di Berita Harian, merupakan graduan program kewartawanan (graduan 2014) telah merangkul anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail.

Tiga alumni yang tidak kurang hebatnya adalah pemenang tempat kedua kategori Penulisan Rencana Cemerlang, wartawan Bernama Sakini Mohd Said (graduan 2006), wartawan Harian Metro, Yusmizal Dolah Aling (graduan 2006) menang gangsa dalam kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang dan Ketua Biro Selangor, Utusan Malaysia Mohamad Athir Ismail (graduan 2013) memenangi tempat ke dua Kategori Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang (PETRONAS)

Ikuti berita mereka di sini:

1. https://mpi.my/release/pemenang-hkm-2021
2. https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/855255/hm-ungguli-2-hadiah-utama-mpi
3. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2094458
4. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/969648/nstp-menang-3-kategori-utama-hadiah-kewartawanan