Kem Insaniah Masscomm 2016 telah berlangsung di Port Dickson Sanctuary Apartment and Training Camp, Negeri Sembilan selama tiga hari bermula 14 sehingga 16 Oktober 2016.
Tujuan utamanya adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pemimpin kelab dalaman Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.