'Black Box Digital Showcase' ketengahkan hasil kerja penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

'Black Box Digital Showcase' ketengahkan hasil kerja penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

 

SHAH ALAM - Demi memastikan bidang pendidikan turut sama menerima manafaat daripada revolusi industri 4.0 (IR 4.0), penuntut Pusat Pengajian Komunikasi Strategik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam akan mengadakan pameran digital Black Box Digital Showcase pada 2 hingga 4 Mei bertempat diBlack Box, SaccMall, di sini.

Penasihat program, Nurul Hanani Omar berkata, pameran yang akan diadakan itu bertujuan untuk mengetengahkan hasil kerja pelajar dari tiga program iaitu periklanan, perhubungan awam dan media baharu bersama pihak industri melalui kerjasama dan mereka akan memberi rundingan kepada pelajar untuk mencipta dan membentukprototaip awal.

Katanya, dunia hari ini berubah dengan pantas kesan daripada ledakan revolusi industri keempat yang banyak mempengaruhi kehidupan seharian dan bidang pendidikan juga tidak terlepas dari ledakan ini.

"Sebagai contoh pelajar periklanan akan membangunkan prototaip ruang pameran maya untuk pihak PKNS yang dibantu oleh syarikat Virtual X Sdn Bhd dan juga program kesedaran produktiviti bersama Malaysia Productivity Corp (MPC).
"Turut sama dalam menjayakan program ini adalah pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang memberikan peluang kepada pelajar untuk turut sama bekerjasama dengan MPC untuk menghasilkan idea-idea dan kandungan kreatif dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat kepentingan produktiviti kepada pembangunan negara," katanya.

Menurut Nurul Hanani, penuntut akan didedahkan dengan teknologi semasa khususnya berkaitan dengan konsep realiti maya dan pembangunan aplikasi serta aspek pemasaran digital.

Dalam pada masa sama, katanya, penuntut perhubungan awam akan memfokuskan program-program kemasyarakat menggunakan platform digital untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Jelasnya, Program #RecyCash merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh mereka untuk mempromosikan aplikasi myreturns.

"Aplikasi ini dihasilkan bagi memberi kesedaran dan seterusnya menawarkan ganjaran kepada masyarakat untuk menggalakkan amalan kitar semula.
"Dunia animasi hari ini menjadi sebuah industri besar yang sedang menjadi tumpuan masyarakat dan pelajar dari program media baharu akan menghasilkan beberapa kandungan animasi dan juga permainan digital yang dibangunkan sendiri oleh mereka melalui usahasama dengan pemain-pemain industri. Ini bagi menyambut seruan kerajaan dalam meningkatkan lagi industri kandungan kreatif negara.

Dalam pada itu, Nurul Hanani turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sacc Mall kerana sudi menaja ruang pameran atas konsep khidmat masyarakat dan juga memberikan peluang kepada institusi pengajian tinggi untuk berkongsi sumbangan kepada masyarakat sekitarnya.

"Penduduk Shah Alam dan juga kawasan berdekatan dijemput untuk memeriahkan program ini. Beberapa aktiviti seperti Talkshow, permainan digital, simulasi VR dan beberapa aktiviti menarik telah dirancang untuk memeriahkan lagi program ini," katanya.

Sumber : https://kampusuols.com/

Faculty of Communication and Media Studies
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
 
General Inquiry
masscomm.korporat@uitm.edu.my

Website Inquiry

Webmaster : masscomm.korporat@uitm.edu.my

Tel Academic : -
Tel HEP : -
Tel Administrative : -
Fax : -