Monday 27/06/2022
SHAH ALAM, 27 Jun (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan mengadakan sebuah forum atas talian yang bertajuk Produktiviti & Daya Saing: “Membina Budaya Produktiviti dan Kesejahteraan”. Forum ini bertujuan untuk membentuk minda produktif dalam kalangan generasi muda dalam usaha membudayakan produktiviti ke arah negara yang berdaya saing dan sejahtera.
Forum ini akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom dan Facebook Live pada 28 Jun 2022 bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pautan kod QR bagi forum ini telah dilampirkan di laman Facebook, Instagram, dan Twitter rasmi MPC.
Penasihat Projek Tahun Akhir Perhubungan Awam, Encik Abuzar Abdul Halim berkata penganjuran itu mensasarkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta, serta orang awam.
Katanya, peserta juga berpeluang untuk bersoal jawab serta menyertai kuiz bertemakan budaya produktiviti yang bakal menawarkan hadiah menarik buat pemenang bertuah.
“Kolaborasi pelajar Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama MPC bertujuan untuk menyebarluaskan budaya produktiviti dalam kalangan generasi muda. Selain itu, pelajar turut menghasilkan wawancara mingguan yang bertajuk Sinoptik dan dimuat naik ke media sosial MPC, dimana mereka akan turun kelapangan untuk menemu bual orang awam bagi mendapatkan respon berkenaan isu-isu semasa. Usaha ini dapat membantu mereka meningkatkan produktiviti para peniaga dan orang awam untuk membudayakan produktiviti dalam masa yang sama mengasah bakat para pelajar melalui aktiviti perhubungan awam,” katanya.
Panel jemputan bagi forum ini terdiri daripada YBhg. Dato’ Dr. Shakir Husein Khalid iaitu Pengarah Urusan, Shamawar Group Sdn. Bhd, YBrs. Prof. Dr. Balakrishnan Parasuraman iaitu Profesor Pengurusan Sumber Manusia & Program Hubungan Industri, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBrs. Dr. Suhaimee Saahar @ Saabar iaitu Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam dan tetamu undangan khas iaitu En. Ahmad Arman Al Huzaifi Bin Shakir Husein, iaitu penerima biasiswa Rhodes ke Universiti Oxford. Panelis-panelis ini akan menyentuh tentang amalan produktiviti ke arah kesejahteraan dalam kalangan generasi muda seiring dengan lima prinsip asas produktiviti yang digariskan dalam Indeks Budaya Produktiviti Sejahtera iaitu Nilai (Values), Intelek (Intellect), Keturunan (Progeny), Sumber (Resources) dan Cara Hidup (Way of Life).
Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.
Mengenai Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam
Penglibatan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam merupakan sebuah kerjasama bersama MPC dalam projek tahun akhir perhubungan awam yang bertujuan untuk meneroka dan mempraktikkan kemahiran di luar bilik darjah. Fokus kolaborasi ini juga untuk merancang komunikasi strategik antara MPC dan orang awam untuk menambah baik penyebaran maklumat secara lebih berkesan melalui kempen-kempen dan wacana.
Sumber: Malaysia Productivity Corporation (MPC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Huda Atiqah Samsir
Tel: 013 7261950
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Nama: Fatini Sahudin
Tel: 019 6578195 atau 2020884906
Emel: student.uitm.edu.my
--BERNAMA