Kerjasama strategik FKPM UiTM Rembau dan ISI pelihara budaya tempatan

KUALA LUMPUR 27 April - Perkongsian ilmu dan maklumat antara Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau bersama Institut Seni Indonesia (ISI) Denpasar memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami strategi yang digunakan oleh media di Bali,Indonesia dalam memelihara budaya tempatan.

Menurut pensyarah FKPM merangkap penasihat program, Muhammad Azril Izuan Ramlan, kerjasama itu memberi gambaran sebenar peranan media massa dalam mengekalkan dan mempromosikan kebudayaan bukan sahaja di dalam negara bahkan ke seluruh dunia.

“Jika kita lihat, Bali mempunyai pendekatan yang berbeza bagi melestarikan agenda budaya melalui media dan perkara ini harus dipelajari oleh pelajar.

“Perkongsian ilmu itu melibatkan seramai 16 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) serta empat pensyarah bertujuan menyediakan pelajar penyiaran yang berpengetahuan luas dan mampu memainkan peranan dalam usaha menggunakan medium penyiaran bagi memelihara budaya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian FKPM, Wan Admiza Wan Hassan berkata, lawatan kali ini bukan sahaja melibatkan agenda akademik malah melibatkan perbincangan mengenai kerjasama di antara UiTM dan ISI Denpasar.

Katanya, kerjasama strategik itu boleh dilihat dalam beberapa bidang bersama ISI melalui memorandum persefahaman yang masih di peringkat perbincangan pada masa ini.

“Malah difahamkan pihak ISI turut menyambut baik cadangan dan rancangan untuk jalinan kerjasama bersama UiTM,” katanya.

IBAE merupakan satu siri lawatan akademik oleh FKPM Rembau di Bali pada kali ini turut melibatkan lawatan dan sesi dialog bersama pihak pengurusan Radio Republik Indonesia (RRI) Bali dan Televisyen Republik Indonesia (TVRI) Bali serta program khidmat masyarakat di Yayasan Cahaya Mutiara Ubud (YCMU).- UTUSAN ONLINE

Sumber : http://www.utusan.com.my

Faculty of Communication and Media Studies
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
 
General Inquiry
masscomm.korporat@uitm.edu.my

Website Inquiry

Webmaster : masscomm.korporat@uitm.edu.my

Tel Academic : -
Tel HEP : -
Tel Administrative : -
Fax : -