KUALA LUMPUR – Sebarang tindakan ke atas wartawan oleh pihak berkuasa adalah tidak wajar selagi pengamal media tersebut telah mematuhi etika kewartawanan yang ditetapkan.
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Khairun Nizam Mohammad Yusuff menegaskan bahawa sekiranya wartawan tersebut menjalankan tanggungjawab mendedahkan kebenaran tanpa niat jahat dan mengikut lunas undang-undang, tindakan itu dilihat sebagai satu bentuk intimidasi.
Beliau menekankan bahawa wartawan bertindak berdasarkan arahan tugas daripada editor yang pastinya memahami prosedur operasi standard (SOP) pelaporan berita secara jelas.
“Peranan media bukan untuk menghukum, tetapi untuk menyampaikan kebenaran berdasarkan fakta. Jika tindakan ini berasaskan niat untuk menekan media, ia adalah sesuatu yang amat dikesali,” kata beliau ketika dihubungi The Merdeka Times.
Dilaporkan, polis menyerbu rumah wartawan kanan Malaysiakini, B Nantha Kumar berkaitan siasatan terhadap laporan mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing.
Nantha berkata dua pegawai polis berpakaian biasa tiba pada jam 2.30 petang dan menggeledah kediaman di Seri Serdang selama kira-kira 45 minit.
Seterusnya.... themerdekatimes.com



