Ucapan saya kepada semua anak-anak pelajar UiTM menjelang peperiksaan akhir.
Sekiranya anak-anak mendapati diri anda atau rakan-rakan sedang tertekan serta memerlukan bantuan serta sokongan, segera maklumkan kepada Unit Kemudahan Kolej, Unit Pengurusan Non Residen atau kaunselor-kaunselor untuk mendapatkan bantuan dan sokongan awal.
Selaku Timbalan Naib Canselor (HEP), saya sentiasa ingin melihat kejayaan anak-anak pelajar seiring dengan kesihatan minda. Ini amat penting untuk masa hadapan masyarakat. Doa saya untuk anda semua.
