Pengumuman Penting Mengenai EET Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
1. Jadual EET telah dikeluarkan oleh HEA dan semua fakulti adalah tertakluk kepada jadual tersebut.
2. Jika PKP dilanjutkan dimana-mana negeri yang ada pusat peperiksaan, BHEA akan maklumkan kepada pelajar dan fakulti untuk pindaan tarikh 5 hari sebelum jadual asal yang telah diberikan kepada pelajar
Sebagai contoh : Jika tarikh menduduki peperiksaan adalah pada 26/01/2021 , pemberitahuan akan dibuat pada 21/01/2021.
3. Selepas menduduki peperiksaan EET, pelajar dikehendaki terus pulang kerumah. PASTIKAN jaga jarak dan gunakan pelitup muka ( 3ply) dan sanitasi tangan anda sepanjang berada di pusat-pusat peperiksaan.
4. Semua Pelajar dinasihatkan untuk Join Link telegram https://t.me/joinchat/Th-qL3_qjTkqRMQW Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau persoalan, bolehlah diajukan dalam group telegram yang disediakan ini.
NOTA : Jika pelajar didapati Positif Covid 19, pelajar tidak dibenarkan untuk hadir ke kampus dan gred XX akan diberikan.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik FKPM