Ujian EET bagi Semester Oktober 2020 - Februari 2021

**Makluman dikemaskini pada : ** 12 Januari 2021**

  1. Ujian EET699 dijadualkan akan dijalankan pada 25 Januari hingga 23 Februari 2021

  2. Pemakluman jadual waktu Ujian EET699 bagi setiap pelajar yang telah mendaftar kursus setelah mengambilkira pilihan kampus yang ingin ditumpang melaui email blast pada 3 Disember 2020 yang lalu akan dimaklumkan kepada pelajar melalui email pada minggu kedua Januari 2021.

  3. Kepada pelajar yang tidak membuat pilihan kampus tumpang ini melalui borang yang diedarkan melalui email pelajar sebelum ini, tempat ujian akan ditempatkan di kampus asal pelajar.

  4. Pelajar boleh membuat semakan mengikut nama kampus asal, kampus ujian dan JADUAL UJIAN EET699 di sini. Keterangan kod kampus boleh dirujuk di sini

  5. PENTING: JADUAL menduduki EET699 ini adalah MUKTAMAD. Mohon ambil perhatian terhadap penetapan kampus, tarikh masa dan tempat ujian masing-masing. Pelajar perlu mendaftar 45 minit di tempat ujian yang telah ditetapkan sebelum ujian bermula.

  6. Garis Panduan Pelajar hadir ke kampus bagi menduduki EET699.

  7. Pekeliling Akademik Bil 1/2020 berkaitan dengan pengendalian pelajar kembali ke kampus untuk KULIAH 2B perlu juga di rujuk.

  8. Bagi lokasi pelajar/lokasi ujian yang berada dalam kawasan PKPD atau kawasan PKP pada tarikh ujian dijadualkan, penjadualan semula tarikh ujian EET699 akan dibuat dan dimaklumkan semula kepada pelajar dalam tempoh sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh baharu ujian. Pemakluman jadual baharu ujian akan dibuat melalui saluran komunikasi di Fakulti/Kampus masing-masing.

  9. Jika ada sebarang permasalahan, boleh menghubungi Pegawai Akademik Fakulti/Kampus anda di sini atau sertai channel telegram di sini

Faculty of Communication and Media Studies
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
 
General Inquiry
masscomm.korporat@uitm.edu.my

Website Inquiry

Webmaster : masscomm.korporat@uitm.edu.my

Tel Academic : -
Tel HEP : -
Tel Administrative : -
Fax : -